Quote of The Day...


There are 3 types of people in this world:
those who MAKE things happen
those who WATCH things happen
and those who WONDER what happened

tuan tanah...

My Photo
1987-present||ISLAM-MELAYU-MALAYSIA||ALOR SETAR-KEDAH-MALAYSIA ||CHEM ENG STUDENT (currently)

boikot tetap boikot !!!...haha

Asal-usul Alor Setar...



sejarah itu penting bukan untuk kita,tapi tak ramai yang suka...ikhlas cakap,aku pun tak suka sejarah..sangat tak suka!!!..benda dah lepas,lepas ja la...tapi, baru2 ni aku ada terjumpa post ni cerita pasai sejarah Alor Setar,tertarik jugak aku baca...mana tak nya,lpas 20 tahun lebey jadi warga Alor Setar,baru skang ni nak tau...hahaha...kpd yang berminat nak baca sejarah asal-usul Alor Setar jemputlah klik read more bawah tu...yang tak minat tu bole r klik sini n explore sejarah tempat masing-masing...(at least tau sikit asal usul tempat kita kan)




Pembukaan Alor Setar bermula di kawasan tebing Sungai Kedah yang diapit oleh kuala sungai Anak Bukit dan kuala Alor Malai. Kawasan tebing Sungai Kedah itu sepanjang kira-kira satu perempat kilometer. Kawasan itu hanya perkampungan kecil yang terdiri daripada beberapa buah rumah kayu beratap rumbia semasa Sultan Muhammad Jiwa Azilin Muazzam Shah pertama kali menjejaki kaki di situ. Namun demikian, Sultan Kedah yang ke-19 itu sangat tertarik hati pada kedudukan kampung tersebut. Baginda kemudian berkenan untuk memindahkan pusat pemerintahan Kedah dari Istana Bukit Pinang ke kampung itu. Sejak dari itu kampung tersebut mula membangun dan terus menjadi tumpuan penduduk negeri Kedah.


‘Alor’ yang dimaksudkan pada nama Alor Setar ialah alur atau anak sungai yang kini dikenali sebagai Alor Malai cuma disebut ‘alor’. Perkataan ‘alor’ itu tidak digunakan sebagai nama tempat tetapi sebagai pernyataan rupa bumi di situ. Maka kawasan di kuala alur itu disebut ‘kuala alor’. Apabila orang Cina sampai ke situ mereka menambahkan perkataan ‘Malai’ di hujung ‘alor’ untuk membayangkan bahawa kawasan di tebing alur itu didiami oleh orang Melayu. Pada masa sebelum Siam menyerahkan Kedah kepada Inggeris pada tahun 1990, pangkalan di Kuala Alor itu sudah maju dan sibuk. Orang Melayu menggunakan pangkalan itu untuk memunggah barang dagangan yang dibawa dari Kuala Kedah. Perahu-perahu yang singgah di pangkalan itu dikatakan ditambat pada mana-mana pokok yang berdiri di tebing alur. Akan tetapi ceritanya berlainan ketika orang Melayu baru memulakan perkampungan di situ. Ketika itu perahu tidak banyak dan di tebing kuala alur itu terdapat sebatang pokok setar (juga disebut kundang) yang sangat tegap kedudukan pokok setar di tebing itu memudahkan pendaratan. Pada pokok setar itulah lazimnya perahu-perahu yang menggunakan pangkalan itu ditambat.



Akhirnya perkataan ‘setar’ sempena nama pokok itu dicantumkan dengan ‘kuala alor’ untuk menghasilkan nama Kuala Alor Setar. Perkataan ‘kuala’ kemudian digugurkan daripada nama itu apabila kawasan perkampungan itu meluas dan pergantungan penduduk pada pangkalan itu menurun. Sehingga kini tiada seorang pun yang mengetahui bagaimana percantuman nama itu berlaku dengan lebih tepat. Menurut satu cerita, percantuman itu berlaku semasa seorang penduduk kampung itu berbual dengan kenalan barunya di Kuala Kedah. Selepas selesai menjual hasil kebunnya dipekan itu, dia berehat ditepi sungai untuk memulihkan tenagannya sebelum mudik ke kampungnya semula. Di situ dia didatangi seorang pemuda yang sedang mencari perahu untuk ditumpang balik ke kampungnya yang tidak jauh dari Kuala Kedah.



“Hendak ke mana?” Tanya pemuda itu. “Kuala Alor,” jawab pemilik perahu itu. “Kuala alur?! Alur mana?” Tanya pemuda itu lagi. Termenung sebentar pemilik perahu itu. Kuala Alor yang mana lagi? Kemudian dia menjawab: “Kuala Alor… dekat pokok setar di hulu sungai!” “Ah, kuala alur setar!” Sejak dari peristiwa itu nama Kuala Alor Setar mula digunakan, tetapi tidak lama selepas itu ‘Kuala’ digugurkan.


source:perpustakaan negara malaysia



**panjang benar post copy-paste kali ni..apa salahnya sekali-sekala baca benda2 bosan ilmiah camni kan...bagus woooo...

**ejaan Alor Setar sudah kembali kepada asal(seperti tertulis)...bukan Alor Star naaa...apa bintang2???!!!..kat Kedah bulannya lebih bersinar dari bintang..hoho

**sekali lagi aku nak remindkan...jangan lupa earth hour sabtu ni naa...8.30-9.30 malam tau..tapi di peringkat desa 9.00-10.00 malam..papa ja la...

**gambar2 kat atas tu suppose to be lagi cun dari tu...just click the pics/link untuk view penuh..serius tak tipu...cun!!!