SLMT PG JUMAAT semua...
ini post yg agak baik merangkap motivasi kpd smua org2 melayu dan malaysia diluar sana yg rasa malu/down bila mana makan guna tangan di khalayak manusia yg bersudu dan garfu...tu termasuk aku ok,serius smpi ke skang ni, aku still tak pndai guna sudu&garfu,takat nk mkn nsi lemak bole ja la beginner user...jangan patah semangat,sila baca lagi ok..

~pics meant to be decorative purposes ONLY~
Di akhir abad ke 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin.Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya “Chersonese – The Guilding Off” oleh Emilly Innes. Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut. Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya.
Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya............! Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: “Kenapa anda makan dengan tangan? Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan?” Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain.
Katanya: “Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:
Pertama : Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya – bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.
Kedua : Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya – tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya.
Ketiga : Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang.............!! Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong.
Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut.............
**haha...itu la serba sdikit crita nya...ada jugak kan benarnya...moral of the story, makan ja la guna apa yg anda suka,tangan ka sudugarfu ka waima kaki skali pun,yang penting anda bahagia..lepas ni jgn la dok segan2 mkn ngan tangan unless di function2 rasmi n berprotokol...
**kadang2 seronok tgk gelagat org yg guna sudu garfu just sebab ikut2 org skeliling..abis 1 Msia bole dengar bising yg dia buat...what the tuuuttt!!
**kadang2 seronok tgk gelagat org yg guna sudu garfu just sebab ikut2 org skeliling..abis 1 Msia bole dengar bising yg dia buat...what the tuuuttt!!
post ini dicopy-paste sepenuhnya dr budak botak..cool blog budak ni!!

